Free shipping for orders over RM200.00
Nasi Arab Mandi Ayam Recipe

 

Cara mudah untuk menyediakan nasi arab mandi ayam yang sesuai untuk bila bila waktu hidangan.

Resepi simple nasi arab mandi ayam yang sedap.

Easy and tasty arab mandi chicken rice to prepare for any mealtime serving. 

NASI ARAB MANDI AYAM(ARAB MANDI CHICKEN RICE)

 

Bahan-bahan diperlukan:

1 1/2pot Beras Basmathi
2sb Rempah Ayam Mandi @hexafood
2cwn Air
1/2cwn Susu Cair
Garam
2ketul Peha Ayam
2bj Lada Hijau
1kiub Ayam
Madu
Jus Lemon

Bahan yang perlu ditumiskan:

3sb Minyak Sapi
1bj Bawang Merah Besar (hiris)
2ulas Bawang Putih (tumbuk)
1/2in Halia (tumbuk)

Cara menyediakan: 

1. Basuh & rendam beras sementara menyediakan bahan lain yang diperlukan

2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan yang perlu ditumiskan di atas sehingga berkaramel

3. Masukkan rempah dan goreng sebentar.

4. Kemudian masukkan air, susu & garam.

5. Masak sehingga mendidih

6. Masukkan ayam dan biarkan sehingga separuh masak.

7. Kemudian masukkan lada hijau, kiub ayam, madu dan jus lemon. Sesuaikan rasanya

8. Keluarkan ayam, toskan beras dan masukkan ke dalam kuah.

9. Kemudian masukkan semula ayam. Masak nasi seperti biasa

10. Siap untuk dihidang


For watching the video recipe, please click on the link below. Please help to grow the channel by LIKING & SHARING the video.

https://www.instagram.com/p/B5rVBTWFjnn/

Please support her page by following it.

https://www.instagram.com/aimifoodgram/

For Buying HEXA Mandi Rempah Spice Nasi Arab, Please click on the links below:

https://www.ebaza.com.my/al-hexa-mandi-spice-150g