Nasi Kari Kambing
Free shipping for orders over RM200.00
Nasi Kari Kambing

Cara masak nasi kari kambing yang mudah sekali, hanya gunakan serbuk HEXA serbuk meat curry saja cukup! Mesti cuba!
The easiest way to cook authentic curry mutton rice by using just HEXA meat curry powder! Must try!

NASI KARI KAMBING

Note: Hidangan 4 orang

Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 sb Majerin
  • 1 pek Rempah 4 sekawan
  • 1 bj Bawang Besar
  • 3 sb HEXA Meat Curry Mix 
  • 1/2 cwn Air
  • 1 bj Tomato
  • 500g Daging Kambing
  • Air secukupnya
  • 1 bj Ubi Kentang
  • 300 g Beras Basmathi
  • 1/2 cwn Susu Cair
  • 1 1/2 cwn Air
  • 2 sk Garam
  • 2 bj Lada Hijau
  • 6 tgkai Daun Ketumbar

Cara menyediakan:

  1. Cairkan majerin & tumis 4 sekawan sehingga wangi. Kemudian tumis bawang besar sehingga berkaramel.
  2. Seterusnya, masukkan meat curry mix. Masukkan air dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan tomato, daging dan air masak sehingga daging empuk. Pindahkan ke rice cooker.
  4. Masukkan ubi kentang, beras basmathi, susu cair, air, garam dan lada hijau. Masak nasi seperti biasa.
  5. Setelah nasi sudah masak, masukkan daun ketumbar sebelum dihidang.
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

For watching the video recipe, please click on the link below. Please help to grow the channel by LIKING & SHARING the video.

https://www.instagram.com/p/CBr_9AgJl3M/

Please support her page by following it.

https://www.instagram.com/thesisterscookingproject/

For Buying HEXA Meat Curry Mix, Please click on the link below:

https://www.ebaza.com.my/hexa-meat-curry-powder-170g