Raffie's Kari Ayam Sedap
Free shipping for orders over RM200.00
Raffie's Kari Ayam Sedap

Resepi kari ayam yang sangat sedap dan mudah yang boleh dimakan bersama roti jala, biskuit ataupun pulut kuning.
A very tasty and easy-to-cook chicken curry recipe that can be eaten with roti jala, biscuit or pulut kuning.

RAFFIE'S KARI AYAM SEDAP

Bahan-bahan diperlukan:

  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • Rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar HEXA Meat Curry Powder
  • Sedikit air
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sudu kecil pes asam jawa + air
  • 1/4 cawan santan
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 10-12 biji tomato ceri

Cara menyediakan :

1. Tuangkan dan panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan halba campur dan rempah 3 sekawan.

2. Seterusnya, tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, halia dan daun kari sehingga kekuningan.

3. Kemudian, tambah HEXA Meat curry powder dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.

4. Tambahkan ayam, pes asam jawa + air dan santan. Gaul sehingga rata dan masak sehingga ayam kecut.

5. Masukkan garam secukup rasa, serbuk pati ayam dan ceri tomato.

6. Gaulkan rata sehingga masak.

7. Siap untuk dihidangkan

For watching the video recipe, please click on the link below. Please help to grow the channel by LIKING & SHARING the video.

https://www.instagram.com/p/CB4mgH7jgL_/

Please support Raffie's page by following it.

https://www.instagram.com/raffieyusoff/

For Buying HEXA Meat Curry Mix, Please click on the link below:

https://www.ebaza.com.my/hexa-meat-curry-powder-170g