Steamed Chicken Curry
Free shipping for orders over RM200.00
Steamed Chicken Curry

Resepikari ayam kukus yang sangat sedap dan mudah yang boleh dimakan bersama roti jala, biskuit ataupun pulut kuning.
A very tasty and easy-to-cook steamed chicken curry recipe that can be eaten with roti jala, biscuit or pulut kuning

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan perap (2jam @ semalaman)

  • 3 keping peha ayam (whole leg)
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1 sk serbuk kari @hexafood
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1/4 sk serbuk cili
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb tepung beras
  • 1/2 sb tepung gandum
  • 1/2 sb tepung kastard

Bahan tumis

  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 2 ulas bawag putih - dicincang
  • 3-4 tangkai daun kari
  • 1/4 sk serbuk cili
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 4 sb serbuk kari @hexafood
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sk gula melaka
  • 1 sk pes asam jawa
  • 1 kiub ayam

Bahan kukus

  • 2 biji bawang merah - dihiris (jadikan bawang goreng)
  • 5-6 biji cili padi - hiris
  • 5-6 batang sayur bendi

Cara-cara menyediakan:

  1. Masukkan peha ayam dengan sedikit garam, gula, serbuk kunyit dan serbuk kari. Gaul rata.
  2. Tambah tepung gandum, tepung kastard, tepung beras dan tepung jagung. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
  3. Seterusnya, panaskan kuali dengan minyak dan goreng ayam yang diperap sehingga 1/2 masak. Angkat dan ketepikan ayam.
  4. Tumiskan bawang putih, halia dan daun kari sehingga wangi
  5. Kemudian, masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan serbuk Meat Curry Mix HEXA. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan satu cawan air dan kacau rata. Tambah garam dan gula secukup rasa, gula melaka, kiub ayam dan pes asam jawa.
  7. Kacau rata dan perasakan rasanya.
  8. Didih air di dalam pengukus dan letakkan ayam yang digoreng tadi ke dalam loyang. Tuang kuah kari tadi dan tabur bawang goreng.
  9. Tambah cili padi dan batang bendi atas ayam dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
  10. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

For watching the video recipe, please click on the link below. Please help to grow the channel by LIKING & SHARING the video.

https://www.instagram.com/p/CCXT9Y-pyeF/

Please support her page by following it.

https://www.instagram.com/qaseyhoney/

For Buying HEXA Meat Curry Mix, Please click on the link below:

https://www.ebaza.com.my/hexa-meat-curry-powder-170g